Bengkel Serantau Mengenai Pembangunan Garis Panduan Teknikal Untuk Menilai, Mencegah Dan Memindahkan Peralatan Perikanan Yang Ditinggalkan, Hilang Atau Sebaliknya Dibuang (ALDFG) Di Rantau Asia Tenggara, 31 Mac, Bangkok, Thailand dan Secara Hibrid.
SEAFDEC/MFRDMD, dengan kerjasama Sekretariat SEAFDEC, telah menganjurkan Bengkel Serantau mengenai Pembangunan Garis Panduan Teknikal untuk Menilai, Mencegah dan Memindahkan Peralatan Perikanan yang Ditinggalkan, Hilang atau Sebaliknya Dibuang (ALDFG) di Rantau Asia Tenggara pada 31 Mac 2026 di Bangkok, Thailand. Bengkel ini telah dilaksanakan secara hibrid.
Peserta terdiri daripada wakil-wakil dari Kemboja, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Viet Nam, serta Sekretariat ASEAN, Regional Fishery Policy Network (RFPN), Profesor Madya Dr. Fauziah Shahul Hamid dari Universiti Malaya sebagai pakar rujuk, dan pegawai-pegawai daripada Sekretariat SEAFDEC, Training Department dan MFRDMD.
Bengkel yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung SEAFDEC, Puan Sampan Panjarat, telah berjaya menyemak draf pertama Garis Panduan Teknikal mengenai ALDFG. Garis panduan yang telah disemak akan diedarkan kepada para peserta setelah tersedia.