Bengkel Akhir Laporan Projek bagi Pelaksanaan dan Penilaian Pelan Tindakan Serantau ASEAN untuk Pengurusan Kapasiti Penangkapan Ikan, 9–11 September 2026, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
ISMAT- SEAFDEC/ MFRDMD telah melaksanakan aktiviti terakhir bagi Projek Kapasiti Penangkapan Ikan yang bertajuk Bengkel Pemuktamadan Laporan Projek bagi Pelaksanaan dan Penilaian Pelan Tindakan Serantau ASEAN untuk Pengurusan Kapasiti Penangkapan Ikan. Bengkel ini telah diadakan pada 9 hingga 11 September 2026 di Zenith Hotel, Cameron Highlands, Pahang.
Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 28 orang peserta, termasuk tiga orang pakar rujuk, wakil daripada Jabatan Perikanan (DOF) Malaysia, DOF Sabah serta pegawai-pegawai MFRDMD.
Sepanjang bengkel tersebut, para peserta telah menyemak dan memuktamadkan Laporan Akhir Projek (Project Terminal Report) dan Buku Sorotan Projek (Project Highlights Book atau buku meja kopi). Para peserta turut membincangkan perancangan dan cadangan masa hadapan berkaitan pengurusan sumber perikanan yang boleh dibangunkan dan dilaksanakan oleh ISMAT-SEAFDEC/ MFRDMD dengan kerjasama Negara-Negara Anggota ASEAN.