Mesyuarat Dalaman Mengenai Persediaan Bagi Penyediaan Garis Panduan Teknikal Untuk Menilai, Mencegah Dan Memindahkan Peralatan Perikanan Yang Ditinggalkan, Hilang Atau Dibuang (ALDFG) Di Rantau Asia Tenggara, 11-12 Februari 2026, Pejabat SEAFDEC/MFRDMD, Terengganu, Terengganu, Malaysia.
SEAFDEC/MFRDMD telah mengadakan Mesyuarat Dalaman mengenai Penyediaan Garis Panduan Teknikal untuk Menilai, Mencegah dan Memindahkan Peralatan Perikanan yang Ditinggalkan, Hilang atau Dibuang (ALDFG) pada 11 hingga 12 Februari 2026 di Pejabat MFRDMD, Kuala Terengganu. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Profesor Madya Dr. Fauziah Shahul Hamid dari Universiti Malaya sebagai Pakar Rujuk, bersama-sama pegawai MFRDMD. Mesyuarat ini disokong oleh Japan-ASEAN Integration Fund (JAIF) di bawah projek Regional Collaborative Research and Capacity Building for Monitoring and Reduction of Marine Debris from Fisheries in Southeast Asia.
Sepanjang dua hari, para peserta telah menyemak draf pertama Garis Panduan Teknikal untuk Menilai, Mencegah dan Memindahkan Peralatan Perikanan yang Ditinggalkan, Hilang atau Dibuang (ALDFG) di Rantau Asia Tenggara. Pada hari kedua, satu sesi secara hibrid bersama Sekretariat SEAFDEC telah diadakan bagi menambah baik draf tersebut. Input dan pandangan yang diterima telah dimasukkan ke dalam versi yang telah disemak.