Mesyuarat Serantau Mengenai Sampah Marin Dan Peralatan Perikanan Yang Ditinggalkan, Hilang Atau Sebaliknya Dibuang (ALDFG) Di Rantau Asia Tenggara, 21-23 Januari 2026, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.
Mesyuarat Teknikal Serantau mengenai Sampah Marin dan Peralatan Perikanan yang Ditinggalkan, Hilang atau Sebaliknya Dibuang (ALDFG) di Rantau Asia Tenggara telah diadakan pada 21–23 Januari 2026 di Hotel Royale Chulan, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh seramai 38 orang peserta, termasuk Encik Yosuke Kawamoto, Setiausaha Pertama Misi Jepun ke ASEAN; Encik Joseph Arbiol dan Encik Muhammad Fikri Kodri dari Sekretariat ASEAN; Profesor Madya Dr. Fauziah Shahul Hamid, Pakar Rujuk daripada Universiti Malaya; wakil-wakil dari Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Viet Nam; FRI Batu Maung, FRI Kampung Acheh, FRI Bintawa, Sekretariat SEAFDEC, SEAFDEC/TD, serta pegawai-pegawai SEAFDEC/MFRDMD.
Selain perbincangan mengenai maklum balas daripada soal selidik “Assessment of Marine Debris and ALDFG in ASEAN Member States (AMSs)”, mesyuarat turut membincangkan rangka Garis Panduan Teknikal bagi Menilai, Mencegah dan Memindahkan ALDFG di Rantau Asia Tenggara. Mesyuarat ini merupakan sebahagian daripada Projek Sampah Marin yang dibiayai oleh Japan-ASEAN Integration Fund (JAIF).