Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors

Acara Semasa

Bengkel Teknikal Mengenai Pengesahan Dan Validasi Data Maklum Balas Soal Selidik Sampah Marin Dan Peralatan Perikanan Yang Ditinggalkan, Hilang Dan Dibuang (ALDFG) Daripada Nelayan

Bengkel Teknikal Mengenai Pengesahan Dan Validasi Data Maklum Balas Soal Selidik Sampah Marin Dan Peralatan Perikanan Yang Ditinggalkan, Hilang Dan Dibuang (ALDFG) Daripada Nelayan, 12-13 Januari 2026, Bidong View Resort, Terengganu, Malaysia.

 

Dr. Abdullah Mohamad dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah bertindak sebagai penceramah sumber dan membimbing seramai lapan orang kakitangan MFRDMD dalam proses pengesahan dan validasi data. Bengkel ini memberi tumpuan kepada analisis maklum balas daripada 759 orang nelayan tempatan yang telah mengambil bahagian dalam tinjauan soal selidik berkaitan sampah marin dan peralatan perikanan yang ditinggalkan, hilang dan sebaliknya dibuang (ALDFG), dengan menggunakan perisian SPSS bagi memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan hasil analisis.

Analisis ini dijalankan di bawah Aktiviti 1.1.1 projek “Regional Collaborative Research and Capacity Building for Monitoring and Reduction of Marine Debris from Fisheries in Southeast Asia”, yang dibiayai oleh Japan-ASEAN Integration Fund (JAIF).

Jumlah Pelawat Mengikut Halaman :
Tarikh Kemaskini :
02/09/2026 4:57 pm
Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT)
Jumlah Pelawat :
600,572
Pelawat
| Tarikh Kemaskini :
15 Oktober 2026 6:34 pm
Hakcipta Terpelihara @ 2026 Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT)