Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors

Acara Semasa

Konsultasi Teknikal Serantau (RTC) Mengenai Usaha Pemuliharaan Dan Strategi Pengurusan Sumber Perikanan Pelagik Di Asia Tenggara

Konsultasi Teknikal Serantau (RTC) Mengenai Usaha Pemuliharaan Dan Strategi Pengurusan Sumber Perikanan Pelagik Di Asia Tenggara, 6–8 January 2026, D Wharf Hotel, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.

Konsultasi Teknikal Serantau (RTC) ini telah dihadiri oleh seramai 41 orang peserta, termasuk wakil dari Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Jabatan Perikanan Sabah (DOF Sabah), Myanmar, Filipina, Thailand, Viet Nam, Sekretariat SEAFDEC, SEAFDEC/TD, FRI Kampung Acheh, FRI Batu Maung, FRI Bintawa dan pegawai SEAFDEC/MFRDMD.

Perbincangan tertumpu kepada maklum balas daripada soal selidik mengenai usaha pemuliharaan dan strategi pengurusan sumber perikanan pelagik yang telah dilaksanakan di Negara-Negara Anggota ASEAN (AMS). Para wakil turut berkongsi kisah kejayaan yang menunjukkan peningkatan sumber perikanan pelagik di negara masing-masing.

RTC ini merupakan siri keempat di bawah projek “Implementation and Assessment of the ASEAN Regional Plan of Action for the Management of Fishing Capacity”, yang dibiayai oleh Japan-ASEAN Integration Fund (JAIF).

Jumlah Pelawat Mengikut Halaman :
Tarikh Kemaskini :
02/09/2026 4:47 pm
Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT)
Jumlah Pelawat :
600,572
Pelawat
| Tarikh Kemaskini :
15 Oktober 2026 6:34 pm
Hakcipta Terpelihara @ 2026 Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT)